Sunday, December 23, 2012

CaRa MenYimPaN SUSU IBU......



ASSALAMUalaikum bertemu kembali...

mama tau ramai kauM ibu yanG menYimpan susu atas kesedaran pentingnyA susu Ibu kepada Bayi. DisiNi mama inGin koNgsIkan iLmu pengetAhuan caRA penYimpaNAn susU iBU. Susu iBu perlu disimPan didaLAm keadaAn yanG selaMAt keRAna suSu IBU aDalah maKanan Utama bayi.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

mama bli plastik jer,stakat ni bru guna  tiga kotak...ihsan google

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
# bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
# bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
# breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
# Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
# Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
# Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


 brand yg mama pakai...ihsan google
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
# bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
# catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
# simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
# jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
# susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
# jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
# jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
sumber : Penyusuan Ibu ; momschoice

 cooler beg mama wak ke nursery


 rak simpan botol yg dibasuh


 ice pack tahan 12jam lebih kurang  


 deep freezer kesayangan yg bnyk berbakti


pump yg paling mama sayang

sekian dulu,afaf dah nangis....
salam sayang......

1 comment: