Sunday, December 23, 2012

CaRa MenYimPaN SUSU IBU......



ASSALAMUalaikum bertemu kembali...

mama tau ramai kauM ibu yanG menYimpan susu atas kesedaran pentingnyA susu Ibu kepada Bayi. DisiNi mama inGin koNgsIkan iLmu pengetAhuan caRA penYimpaNAn susU iBU. Susu iBu perlu disimPan didaLAm keadaAn yanG selaMAt keRAna suSu IBU aDalah maKanan Utama bayi.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

mama bli plastik jer,stakat ni bru guna  tiga kotak...ihsan google

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
# bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
# bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
# breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
# Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
# Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
# Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


 brand yg mama pakai...ihsan google
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
# bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
# catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
# simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
# jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
# susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
# jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
# jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
sumber : Penyusuan Ibu ; momschoice

 cooler beg mama wak ke nursery


 rak simpan botol yg dibasuh


 ice pack tahan 12jam lebih kurang  


 deep freezer kesayangan yg bnyk berbakti


pump yg paling mama sayang

sekian dulu,afaf dah nangis....
salam sayang......

Saturday, December 22, 2012

mommies dont u ever say "susu saya xda"

Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi....
 Mama2 and baba2 dan juga bakal mama2 dan baba yang sudi singgah membaca di blog ini.....

dah lama nk celoteh tp,ni baru berkesempatan.
opss,lupa plak dah 2 bulan tukar panggilan sbb afaf yg suka pggil mama,dri mummy ke mama =)

Topik kali ini berkaitan tentang serba sedikit perjalan mama dlm menyusukan si manja.


wahai mama2 sekalian..
Plsla...tolong study dulu and buat research demi anak yang dikasihi mengenai penyusuan ini. Jangan mudah2 membuat andaian sendiri atau terpengaruh dengan anasir2 negatif ini...(makcik2 sibuk, atau nenek2 yang kurang arif tentang penyusuan dan memberi pandangan berdasarkan cakap2 kosong sahaja...)

1year 3months
she's only drink mama's milk,alhamdulillah...

Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mama itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga....

Kalau korang sudi baca kisah aku dari mula dalam dunia penyusuan ini, baru tahu perit getir dunia penyusuan ini. Itu permulaan, malah sekarang jadi kenangan manis pula. Dan mama pun tak nak terlepas ucapkan BILLION TAHNIAH kepada semua ibu2 yang berjaya dalam dunia penyusuan tidak kira bagaimana cabaran yang dilalui....

Sekurang2nya, dapatkan ilmu yang tepat. Jangan dengar cakap orang, terus setuju dengan pandangan tersebut. Study dulu...baru buat keputusan...

.Dulu,mama pon mula dgn zero tau,xtau ape langsung...tp dgn usaha sendiri,berkat suami yg sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam bidang penyusuan...
Ribuan juga dihabiskan untuk memberikan si manja yang terbaik. tp itu pelaburan untuk masa depan jugak,boleh dgunakan untuk adik2 nya nanti...

Reminder ringkas di sini, mama harap sangat2, mama2 n baba2 mesti saling kuat n memberi sokongan di antara satu sama lain.. Tolong study dulu "bidang penyusuan ini". Segan bertanya, "google" saja. Jangan lupa, mohon pada Allah agar dimudahkan perjalanan penyusuan. Insyaallah pasti ada jalannya...

 So, pls study dulu ya....

Sekian sahaja untuk kali ini. nanti senang2 mama update pic untuk tatapan semua yer...
Semoga kalian berjaya dalam dunia breastfeeding. Anggap setiap perkara yang terjadi berhikmah... Insyaallah kita tidak akan mudah mengalah....

"Menyusu itu indah...."

salam sayang,