Wednesday, July 27, 2011

doa dan amalan ketika mengandung....


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Monday, July 25, 2011

Nukilan rasa ibu mengandung




Sudah hampir 4 bulan rupanye aku mengandung . Another 6 months to go. Ku lalui hari-hari mencabar ini dengan gigihnya..life must go on..kali ini amat mencabar mindaku kerana "sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam hidupku ".

“Ooo… anak daddy n mummy main sorok ‘ehem’ tu tak daddy n mummy tengok ye..

Tadi pegi klinik, buat ujian ultrasound…

berdebar2 gak mummy nak tengok keadaan anak mummy kat dalam perut ni…

Alhamdulillah sihat dan sempurna…

nampak jari tangan cukup 5, tulang betis dan peha jelas… plasenta pun dalam kedudukan yg baik…

tangan kecil syg bergerak2 tadi..

emm seronok ye duduk dalam perut mummy ni yer…

Tp tadi syg mummy sorok ‘ehem-ehem’, so kami tak tau la cayang ni boy ke gal… Tadi syg tengah berlunjur sambil silangkan kaki, itu sebabnya tak nampak ‘ehem-ehem’ tu… tak pe, kalu cam tu daddy n mummy kena sediakan dua nama la, untuk lelaki dan pompuan…
Tengok kalau ada rezeki nanti
pergi klinik buat ultrasound lg… tunggu esok2 syg dah masuk 7 ke 8 bulan ke…


SAAT2 PALING BERHARGA BUAT IBU MENGANDUNG......



Salam sejahtera buat semua...

Rasanye minggu ni kandungan aku dah masuk 3 bulan...kalau kiraan minggu lebih kurang 12 minggu la..

Aku dah rasa susah payah..

perit maung yang mama rasa masa mengandungkan aku lebih kurang 24 tahun dulu.... huhu..

1stly nak cite pasal appointment dgn Doc a few weeks ago..bila scan tu dah nampak heart beat baby..syukur alhamdulillah..


Sejak kandungan aku masuk 2 bulan, aku dah mula ada simptom ibu mengandung...

awal2 tu pening2 je..

seminggu pas tu dah stat loya and muntah...

aku akan muntah stat pukul 4 ptg ke atas..apa2 yg aku makan, mesti muntah...perit sangat perasaan waktu tu...mujurla ade hubby yg setia di sisi,hubby la dok mengusung aku tiap2 ari ke klas, memang la benar ni la cabaran ibu mengandung kan..bukan senang nak lahirkan seorang anak..tapi aku berusaha utk menghadapinya..sokongan suami sgt penting saat2 kritikal ni....

Sejak 2 minggu ni berat still xnaik2,aku tnyer nurse die ckp normal,sbb bulan seterusnya bru nampak perubahan.

Rutin aku sekarang, pas muntah malam tu aku akan makan roti bakar 2 kpg at least...tp aawal pregnant aku aku xbpe lalu mkn sgt, kekadang taim nk mkn tu aku boleh nangis..ntah la...aku rasa sedih sbb aku rasa bb aku tak dapt khasiat yg cukup utk dia membesar....cian die..

aku hanya mampu berdoa supaya aku dikurniakan KETABAHAN dan KESABARAN oleh-NYA sepanjang tempoh aku pregnant ni...semoga aku juga sentiasa DIPERMUDAHKAN oleh-NYA... dan tak lupa aku berdoa agar anak yg aku kandung ni dapat membesar dgn sempurna...cukup sifatnya..dan lahir nnt jadi anak yg soleh/solehah...

Kepada en suami,
Terima kasih yg tak terhingga sbb tak henti2 bagi support pada saya..banyak sgt pengorbanan yg dia buat utk pastikan saya sentiasa sihat dan ceria..sekarang en suami dah jadi surirumah jgk.byk keje2 umah yg dia tolong bereskan..tak tau cane nak expresskan rasa banyak2 terima kasih ni....i love u so much sayang...

hati ku berbunga riang..

bak kata hubby dalam hati ada taman….

dalam rahimku ada baby pelengkap hidup kami...

minggu nie syg dah berusia 3 bulan...

Akhir trimester pertama,organ2 syg sudah terbentuk. Ukuran syg skang lebih kurang sekitar 8cm. Semua organ vital syg sudah terbentuk. Otak juga sudah dapat berfungsi. Dengan signal dari otak,otot akan memberi respon dan tindak balas. Syg pon dah leh tendang2 peyut mommy…=)

tak sabar nya menanti anak dalam rahimku membesar..

macamna la agaknya rupa perutku nanti..
bertapa terharunya aku...

semua orang menanti kelahiran bayiku..alhamdulilah


ya allah..

hamba mohon padamu...
kau lindungilah anakku dalam rahimku ini….
peliharalah ia menjadi anak yang soleh
dan menjadi umat yang taat dgn perintahmu,
dan menjadi pejuang agama islam yang hebat...
amin.........

Fes time jmpe bby ddy n mmy terharu sgt melihat kurnian yg diberikan…

Daddy ngn mummy trus keluar sket air mata, syukur Alhamdulillah….

ni yg org dok ckp buku merah tuuu....=)